Wednesday, August 1, 2012

Penyembelihan terbaru berlaku di pinggir Damsyik (1 Ogos 2012)


seterusnya..


TERKINI DAN PENTING!!!

Penyembelihan terbaru berlaku di pinggir Damsyik (1 Ogos 2012) apabila lebih 25 syuhada' ditemui dibunuh.

Bandar ini telah diserang dan digempur sejak 6 hari lalu (serangan berlaku dari Bukit Qasiyun dan dari berek tentera yang berdekatan). Maka tindakan ini telah memaksa kebanyakan penduduk melarikan diri.

Semalam, askar rejim Syria telah memulakan operasi dengan menyerang rumah-rumah milik penduduk, mencuri, merampas harta benda dan membakar rumah-rumah. Mereka membunuh sesiapa sahaja dari kalangan penduduk awam di pertengahan jalan. Bandar tersebut kini musnah dan ranap sama sekali. Bilangan yang terkorban mencecah puluhan orang. Terdapat dari kalangan mereka yang dibunuh dengan cara disembelih, ada yang dibakar hidup-hidup, ada yang ditembak dalam keadaan tangan diikat. Jumlah kematian setakat ini yang mampu dihitung seramai 27 orang manakala bilangan yang cedera lebih 100 orang.

Operasi penyembelihan masih berterusan berlaku dan tiada sesiapa yang mampu memasuki kawasan operasi.

Hanya video pendek berikut mampu menterjemahkan suasana sebenar waktu ini.

Pautan: http://www.facebook.com/hamza.alshaheed

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...