Monday, August 6, 2012

7 GOLONGAN YG MENDAPAT NAUNGAN ‘ARASY ALLAH SWT


a) Pemerintah yang adil.
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya.
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (
berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...