Tuesday, August 14, 2012

muhasabah diri kita


Ketika pertama kali bertemu dengan adik kecil ini, Al-Mustafa di Klinik Pemakanan Tillaberi di Niger (TFC), dia hanya berusia 10 bulan. Ibunya telah meninggal dunia dan beliau dijaga oleh neneknya. Apabila ditimbang beratnya, sama seperti bayi yang baru lahir. Adik kecil ini juga seolah-olah bakal menerima nasib yang sama seperti ibunya.

Alhamdulillah, lawatan terakhir kami dengan Al-Mustafa di TFC, yang ditaja oleh penderma pemurah Islamic Relief UK adalah berbeza sekali. Doktor maklumkan kepada kami bahawa beliau sudah bertambah berat badan dari sebelumnya dan InshaAllah tidak lama lagi beliau akan dikeluarkan dari wad. Sekarang, Al-Mustafa mungkin lebih sihat berbanding ketika foto ini diambil. Walaubagaimanapun berat badan beliau masih kurang dari berat normal, dan beliau masih dalam proses pemulihan.

Kami dari Islamic Relief Malaysia mengajak anda semua untuk turut menjaga dia, keluarganya, dan semua mereka yang menderita, dan Insya'Allah mereka akan pulih. Di saat-saat terakhir Ramadan ini, anda mempunyai peluang untuk meningkatkan 'amal kebaikkan dan Insya'Allah ganjaran anda dengan membantu mereka yang memerlukan , Allah akan hilangkan masalah anda.

Mari derma , http://irmblog.org/donate

Situasi diatas serupa dengan krisis di Somalia.

(Gambar kredit: Adam Scarth untuk Islamic Relief)

1 comment:

  1. siannya anak ini..kita di malaysia patut bersyukur..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...