Tuesday, August 21, 2012

jangan mnghina orang


♥♥..HINALAH maksiat tapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat..sesungguhnya kamu tidak tahu keadaan dan bagaimana dia selepas MATI..jadi kamu langsung TIDAK DIBENARKAN untuk menghina seorang pun daripada makhluk Allah..HIDAYAH hanya MILIK Allah dan Allah jualah yang BERKUASA memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya iaitu menurut undang-undang peraturanNya..♥♥

>>> 3 jenis pandangan yang DILARANG :
✿~ melihat kepada AURAT iaitu apa yang diinginkan oleh nafsu..
✿~ melihat DUNIA dengan pandangan kebesaran..
✿~ melihat makhluk Allah dengan PANDANGAN KEHINAAN..

p/s : Ingatlah, kamu pun hambaNya yang LEMAH dan hina..:)

Read more...

Tuesday, August 14, 2012

muhasabah diri kita


Ketika pertama kali bertemu dengan adik kecil ini, Al-Mustafa di Klinik Pemakanan Tillaberi di Niger (TFC), dia hanya berusia 10 bulan. Ibunya telah meninggal dunia dan beliau dijaga oleh neneknya. Apabila ditimbang beratnya, sama seperti bayi yang baru lahir. Adik kecil ini juga seolah-olah bakal menerima nasib yang sama seperti ibunya.

Alhamdulillah, lawatan terakhir kami dengan Al-Mustafa di TFC, yang ditaja oleh penderma pemurah Islamic Relief UK adalah berbeza sekali. Doktor maklumkan kepada kami bahawa beliau sudah bertambah berat badan dari sebelumnya dan InshaAllah tidak lama lagi beliau akan dikeluarkan dari wad. Sekarang, Al-Mustafa mungkin lebih sihat berbanding ketika foto ini diambil. Walaubagaimanapun berat badan beliau masih kurang dari berat normal, dan beliau masih dalam proses pemulihan.

Kami dari Islamic Relief Malaysia mengajak anda semua untuk turut menjaga dia, keluarganya, dan semua mereka yang menderita, dan Insya'Allah mereka akan pulih. Di saat-saat terakhir Ramadan ini, anda mempunyai peluang untuk meningkatkan 'amal kebaikkan dan Insya'Allah ganjaran anda dengan membantu mereka yang memerlukan , Allah akan hilangkan masalah anda.

Mari derma , http://irmblog.org/donate

Situasi diatas serupa dengan krisis di Somalia.

(Gambar kredit: Adam Scarth untuk Islamic Relief)
Read more...

Thursday, August 9, 2012

Azizul Hasni Awang berada di dalam kelompok 6 terbaik dunia


Azizul Hasni Awang berada di dalam kelompok 6 terbaik dunia. Gagal untuk membawa pulang sebarang pingat untuk Malaysia. Dalam kekecewaan tetap masih membanggakan negara. Bukan mudah ingin ke final OLIMPIK! Tak mengapa, jelas beliau telah lakukan yang terbaik. Bukan mudah hendak bersaing dengan atlit lain bertaraf dunia dengan susuk tubuh bak gergasi berbanding dirinya. Tahniah Azizul Hasni Awang
Read more...

Majalah MANGGA telah difatwakan HARAM


Majalah MANGGA telah difatwakan HARAM oleh Jabatan mufti Kedah Darul Aman. Benda haram ni jangan dibiarkan berleluasa.Mungkin ada yang beranggapan bahawa perkara ini kecik, tapi sebagai umat Islam yang mematuhi saranan Nabi saw yang menyuruh kita mengubah kemungkaran jika terlihat mengikut kemampuan kita, apakah kita harus berdiam diri ? Ya benar, terlalu banyak kemungkaran di waktu ini, tetapi apa yg termampu laksanakanlah usaha Amar bilmakruf dan nahi anil munkar..SEBARKAN!!
Read more...

artis yang sudah berhijrah ke arah lebih baik


Makin ramai artis wanita Malaysia yang dah bertudung kan? Kita doakan makin ramai yang berubah ke arah yang lebih baik. Bukan selebriti sahaja, malah sesiapa sahaja.

Bila bertudung, automatik akan merasa tanggungjawab untuk menjaga kehormatan diri. Selain itu, automatik akan merasa tanggungjawab untuk menjaga imej agama Islam.

Tahniah dan tahniah! Moga Allah merahmati kalian.
Read more...

Monday, August 6, 2012

7 GOLONGAN YG MENDAPAT NAUNGAN ‘ARASY ALLAH SWT


a) Pemerintah yang adil.
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya.
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (
berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah..
Read more...

sebijik cm Cristiano Ronaldo


Orang Afghanistan dikatakan muka sebijik macam Cristiano Ronaldo...
Read more...

Umat Islam di Myanmar telah dibunuh dan dimakan dagingnya


Sumber : Myanmar News

Umat Islam di Myanmar telah dibunuh dan dimakan dagingnya ! Ya Allah ! Saudara-saudara kita di sana dianaiya dan memerlukan doa dan bantuan kita!

Sama - sama aminkan doa ini :
"Ya Allah, bantulah umat Islam di Myanmar, berilah kekuatan kpd umat Islam di sana , hancurlah kekuatan orang kafir yang memusuhi Islam di sana, amiiin ya Allah "

{ Saya berjanji akan SHARE doa ini sebagai tanda kasih sayang sesama saudara Islam }

Read more...

ISLAM DI CHINA DILARANG BERPUASA



Parti Komunis China telah meningkatkan usaha untuk menghalang umat Islam di Xinjiang dari berpuasa dan melawat masjid-masjid pada bulan Ramadan.

Satu kenyataan daripada pegawai-pegawai dalam Per
bandaran
Zonglang yang di daerah Xinjiang, Kashgar berkata "jawatankuasa daerah telah mengeluarkan dasar yang komprehensif untuk mengekalkan kestabilan sosial dalam tempoh Ramadan."

Uighurs orang yang kebanyakannya Islam mencakupi kira-kira separuh daripada penduduk Xinjiang dan kerajaan telah lama melaksanakan sekatan ke atas aktiviti keagamaan di kawasan itu, Financial Times melaporkan. Kaum Uighurs menentang dasar penjajah di tanah air mereka dan pergolakan telah meningkat di kawasan itu sejak rusuhan kaum pada tahun 2009 membunuh hampir 200 orang, Times.

Pergolakan yang semakin meningkat membawa kepada yang lebih ketat ke atas agama sebagai pegawai pendidikan adalah digalakkan untuk memastikan kanak-kanak Islam makan semasa tempoh Ramadan, Pakistan News Antarabangsa melaporkan.

"Ia adalah dilarang untuk kader Parti Komunis, pegawai awam (termasuk mereka yang telah bersara) dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti agama Ramadan," kata kenyataan Zonglang Perbandaran dibaca


Read more...

Sunday, August 5, 2012

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran



Assalamualaikum,tip khatam al-quran hari yg ke-17.
1)Baca surah al-Anbiya' ayat 1-112.
2)Baca surah al-Hajj ayat 1-78.
Selamat menyambut nuzul al-quran.


Read more...

airmata Lee Chong Wei



Dia dah berusaha,dia dah cuba untuk realisasikan harapan berjuta rakyat Malaysia..kita tak dapat rasa beban yang ada pada dia,tapi dia kerah semua keringat yang dia ada,sekali lagi rezeki bukan milik Malaysia..Kami semua berbangga dengan anda..tahniah Dato Lee Chong Wei atas usaha dan semangat anda..

sampaikan ucapan anda pada beliau sebagai tanda sokongan anda dan juga penghargaan =,)
Read more...

Saturday, August 4, 2012

JAWAPAN MURABBI SYEIKH ZAINOL ASRI ATAS SELAWATNYA


Soalan: Ustaz, kenapa ustaz suka berselawat setiap kali memberi kuliah/ceramah?

Murabbi: Sebab ana tak boleh bercakap jika tidak berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.


As syeikh Muhammad Zainul Asri Hj Ramli merupakan seorang pensyarah di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena, Kedah. Mendapat pengajian awal di Maktab Mahmud, Alor Star dan Pondok Pak Teh, Kroh sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Usuluddin (Pengajian Hadis), Universiti Al Azhar, Mesir. Kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Hadis-PAKSI, Alor Star, Kedah.


Read more...


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


Read more...

jauhilah dr tergolong dalam golongan wanita seperti ini.


“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat ” - Hadis riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini ” - Hadis riwayat Muslim.
Read more...

Friday, August 3, 2012

ikan paus terdampar di sabah



Usaha beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung gagal menyelamatkan nyawa seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terperangkap di Muara Sungai Sitompak, Kuala Penyu, Sabah.
Read more...

kelebihan Kambing Gunung (Oreamnos americanus)


Kambing gunung merupakan pendaki yang hebat. Ia yang berasal dari Amerika utara ini menunjukkan kebolehan mendaki yang sangat cekap, mengalahkan pendaki- pendaki gunung terhandal. Hidup pada ketinggian 4000 m, berjanggut baik jantan dan betinanya dan mampu melompat sehingga 4 meter jauhnya
Read more...

BAHAYA MINUMAN 3-IN-1



Read more...

apa salah Tuan Guru ku..??


Dia selalu dihina dikatakan najis.Juga dikatakan Jelmaan Syaitan.Juga dikatakan malaun.tak kurang mengatakan dia gila isim.Tapi diamati org yang mengata kepadanya bukanlah ustaz jauh sekali ulama' yang banyaknya mereka sendiri tidak mempunyai peribadi mulia maka tahulah aku........tapi apakah salahnya orang yang aku panggil Tuan Guru ini...

Apa kesalahan beliau...???

Adakah akibat memimpin rakyat Kelantan dengan syiar Islam???? Adakah akibat memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan x pernah disabitkan dengan salahguna wang kerajaan...
Read more...

65 Tahun Merangkak Ke Masjid



Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpencil di Selatan Azizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditambah dengan kecacatan tubuhnya namun
beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hamper 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Semoga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. Insyaallah.

**Renung sejenak diri kita, sempurna sifat fizikal dari atas ke bawah… tetapi adakah kita menyahut seruan untuk ke rumah Allah setiap kali azan dilaungkan. Kita mempunyai kenderaan untuk kemana shj.. tetapi brp kali kenderaan kita itu menghantar kita ke rumah Allah… bandingkan nikmat yg Allah beri pada kita dgn Syeikh Abdullah Al-Asiri, tidakkah kita seharusnya lebih bersyukur**

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) dibumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. ** Al A’raf :10..
mudah2an kita adalah di antara yang sedikit itu.

Read more...

Thursday, August 2, 2012

anak soleh


SEORANG ANAK MENYUAPKAN MAKANAN KEPADA AYAHNYA SEMASA BERBUKA PUASA DI MASJID AN-NABAWI,MADINAH AL-MUNAWWARAH..:-)
Read more...

BALASAN TOLAK HUKUM ALLAH




Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkun
gan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:

“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?

Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?

Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.

Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?

Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar

Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Wallahukhlam..

- gambar sekadar gambar hiasan sahaja

Read more...

nasib malang berkaitan dengan mercun


Inilah akibat bermain mercun.Asalnya untuk bersuka tetapi akhirnya menjadi duka.Marilah kita bersama-sama berpesan kepada diri kita,anak-anak kita,saudara mara kita,jiran-jiran kita,sahabat handai kita dan juga masyarakat di sekeliling kita supaya TIDAK BERMAIN MERCUN.Selain daripada MEMBAZIRKAN DUIT,bermain mercun juga sangat membahayakan diri.Adakah kita sanggup melihat orang2 yang kita sayang berhari raya tidak lama lagi dalam keadaan cacat ??????? Katakan TIDAK Kepada MERCUN !!!!!!!!!! Fikir-fikirkanlah~ SElamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^

Read more...

bahaya masuk kereta terus buka aircond



Read more...

Wednesday, August 1, 2012

bersyukurlah apa yang kita miliki sekarang






- Jujur ni nak tanya, waktu berbuka puasa ada tak ingat saudara kita yang lain? Bagaimana mereka, apa yang mereka makan?

"Sejujurnya saya ....................................."
1) Ingat nak makan je.. dah lapar sangat
2) Tak ingat apa-apa dah, imigran saya menyerang..
3) Sedih, sampai tak lalu nak makan...
4) Insaf dan syukur atas apa yang Allah beri.
5) Berdoa dalam hati, semoga Allah beri mereka kebaikan..

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7)


Read more...

~pilih2 nk kuih mano,, g bazar kakre beli balko dess~


Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Kuih 1 Malaysia= Kuih Telinga Keling
Kuih paling munafik= Kuih Talam Dua Muka

Read more...

Penyembelihan terbaru berlaku di pinggir Damsyik (1 Ogos 2012)


seterusnya..


TERKINI DAN PENTING!!!

Penyembelihan terbaru berlaku di pinggir Damsyik (1 Ogos 2012) apabila lebih 25 syuhada' ditemui dibunuh.

Bandar ini telah diserang dan digempur sejak 6 hari lalu (serangan berlaku dari Bukit Qasiyun dan dari berek tentera yang berdekatan). Maka tindakan ini telah memaksa kebanyakan penduduk melarikan diri.

Semalam, askar rejim Syria telah memulakan operasi dengan menyerang rumah-rumah milik penduduk, mencuri, merampas harta benda dan membakar rumah-rumah. Mereka membunuh sesiapa sahaja dari kalangan penduduk awam di pertengahan jalan. Bandar tersebut kini musnah dan ranap sama sekali. Bilangan yang terkorban mencecah puluhan orang. Terdapat dari kalangan mereka yang dibunuh dengan cara disembelih, ada yang dibakar hidup-hidup, ada yang ditembak dalam keadaan tangan diikat. Jumlah kematian setakat ini yang mampu dihitung seramai 27 orang manakala bilangan yang cedera lebih 100 orang.

Operasi penyembelihan masih berterusan berlaku dan tiada sesiapa yang mampu memasuki kawasan operasi.

Hanya video pendek berikut mampu menterjemahkan suasana sebenar waktu ini.

Pautan: http://www.facebook.com/hamza.alshaheed

Read more...

MUHASABAH HATI KITA



Suatu hari seorang ibu sedang menyusukan anaknya yang masih bayi.

Kemudian lalu seorang lelaki menunggang seekor kuda.Dia seorang yang gagah dan tampan serta memakai pakaian yang cantik.

Apabila lelaki tersebut lalu,Ibu itu pun berdoa ,
"Ya Allah, jadikanlah anakku seperti lelaki ini."

Anaknya tiba-tiba berhenti menyusu sambil melihat lelaki itu dan berkat,
"Ya Allah jangan jadikan diriku seperti lelaki itu."
Kemudian anak itu kembali menyusu.

Selepas itu lalu pula seorang hamba perempuan. Orang ramai memukul dan berteriak kepadanya,
" Kamu pelacur!, Kamu pencuri! Hamba itu hanya mengucapkan, "Cukuplah Allah sebagai pelindungku."

Ibu yang menyusu anak tadi tidak tahu mengapa hamba itu dipukul.Namun dia telah berdoa,
"Ya Allah, jangan jadikan anakku seperti hamba perempuan itu."

Sekali lagi anaknya berhenti menyusu dan memandang kepada hamba itu sambil berkata,
"Ya Allah, jadikan diriku seperti hamba perempuan itu."

Ibunya terkejut mendengar kata-kata anaknya itu, dia merasa hairan dan meminta penjelasan dari anaknya mengapa dia berkata begitu.

Anaknya menjawab "Lelaki itu adalah seorang yang angkuh, sombong dan bongkak.Sebab itulah saya berkata Ya Allah, jangan jadikan diriku seperti dia.Sedangkan hamba perempuan yang dituduh melacur dan mencuri itu sebenarnya itu adalah dusta belaka. Itulah sebabnya aku berkata, Ya Allah jadikan diriku sepertinya.

Anak ini telah menerangkan kpd ibunya bahawa seseorang itu tidak dapat dinilai melalui lahirnya sahaja.Sebab sesuatu perkara itu ada yang tersirat, yang tidak dapat diketahui oleh pandangan biasa.

Read more...

BERHATI-HATI KETIKA MENGISI PETROL


HARUS BACA !
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...