Sunday, November 18, 2012


Pemuda di Malaysia, pukul 10 pagi masih enak tidur di atas katil. "Hari minggu, malas nak buat apa. Bukan hari-hari boleh tidur lama macam ni."

Pemuda di Palestin tidak tidur semalaman menanti ancaman demi ancaman daripada pihak Zionis dari udara dan darat.

Pemuda di Malaysia bangun pagi buka tudung saji sambil mengeluh, "Balik-balik roti canai. Takda makanan lain dah ke dalam dunia ni?"

Pemuda di Palestin memilih untuk berpuasa kerana bantuan makanan yang dihantar kepada mereka disekat oleh tentera Zionis.

Pemuda di Malaysia keluar dari rumah dana apabila ditanya oleh ibunya, "Mahu ke mana tu nak?" Jawabnya, "Ah..sibuklah mak ni. Orang nak pergi mana suka hati orang lah."

Pemuda di Palestin, saat keluar dari rumah mengucup tangan ibunya memohon restu untuk keluar berjihad kerana bimbang itu kali terakhir dia menatap wajah ibunya.

Pemuda di Malaysia memberontak, "Kenapa aku dilahirkan dalam keluarga macam ni? Nak buat apa semua tak boleh. Aku benci mak aku benci ayah!"

Pemuda di Palestin merangkul erat jasad ibu, ayah dan saudaranya yang tidak bernyawa. Kini dia tinggal sebatang kara kerana semuanya telah terkorban dibunuh tentera Zionis.

Pemuda di Malaysia sibuk menghisap dadah dan merempit di malam hari. Macam ni baru darah muda! Usia masih muda, masa inilah nak enjoy!

Pemuda di Palestin, sejak dari kecil diasuh agar tidak sesekali takut dengan ancaman bom, peluru senapang dan senjata. Usia muda mereka digunakan untuk mempertahankan keluarga dan tanah air daripada perampas Zionis.

Situasi di atas tidak menggambarkan Pemuda di Malaysia secara total, cuma sebahagian kecilnya sahaja. Namun, ia masih boleh digunakan untuk kita sentiasa bermuhasabah.

Ketika kita sedang diuji dengan pelbagai ujian yang dirasakan berat. Mereka di sana diuji dengan kehilangan nyawa, kesakitan dan penderitaan yang lebih dahsyat.

Luangkan masa untuk sama-sama berdoa agar mereka diberikan kecekalan dalam memperjuangkan kalimah tauhid Allah ini. Allahuakbar!

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...