Monday, November 26, 2012

Nur Fazura Bertudung Labuh


Semakin ramai selebriti terutama artis wanita yang kini berhijrah. Dulu, mungkin penampilan mereka agak seksi dan membuatkan hati lelaki miang meremang-remang. Tapi kini, ramai artis jelita semakin manis dipandang mata ... mereka dah semakin ramai yang mengenakan pakaian yang menutup aurat, tidak lagi terdedah.

Nur Fazura, wajah jelita ini sering jadi perhatian. Dan terbaru, HH kongsikan gambar Nur Fazura yang berhijab cantik, manis, dan tidak lagi seksi seperti penampilan yang pernah kita semua saksikan. Penampilan Nur Fazura yang cantik manis bertudung ini dirakam menerusi Istagram miliknya semasa sedang mengikuti satu ceramah bersama Dr Muhaya.

Hmm .... ramai blogger yang suka paparkan kisah selebriti itu ini ... yang kurang baik, dan kurang manis .. apa kata kongsikan perkara yang baik pula. Yelah, pengaruh selebriti ini kuat .... manalah tahu, mungkin asbab ini akan ramai lagi yang teringin nak berhijrah.

Allah S.W.T itu Maha Mengetahui. Semua perkara yang berlaku ada hikmah ..bukan sekadar untuk diri empunya tetapi untuk kita semua. Contohilah perkara yang baik ...insyaAllah.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...