Friday, November 23, 2012


Di antara jasa Coca-Cola & Mc Donalds.....

Coca-cola telah menjadi penyokong Israel sejak 1966. Ada banyak bukti peristiwa yang menunjukkan sokongan mereka kepada Zionis.

Pada 1997, Kerajaan Israel telah mengiktiraf sumbangan Coca-Cola di
Majlis Makan Malam Anugerah Perdagangan Israel atas sokongan berterusan Israel untuk 30 tahun serta keengganan mereka mematuhi boikot Liga Arab Israel.

Pada 11 Oktober 2001, Ibu Pejabat Dunia Coca-Cola telah menjadi tuan rumah dan juga merupakan penaja utama Dewan Perniagaan Amerika-Israel Commerce di majlis Eagle Star Awards Gala.

Pada bulan Februari 2002, Coca-Cola bekerjasama dengan "Friends of Israel" untuk menaja syarahan yang diberikan oleh wartawan zionist terkenal Linda Gradstein di Universiti Minnesota.

Pada bulan Oktober 2005, Coca-Cola telah meningkat pelaburan di Israel dengan membeli 51% dalam Tavor Winery. Tavor Winery adalah sebuah syarikat Israel yang berpusat di Wilayah Palestin yang dijajah di kaki Gunung Tavor yang menghadap ke Laut Galilee.

McDonald Corporation pula adalah rakan korporat utama Jewish United Fund (JUF) / Persekutuan Yahudi Metropolitan di Chicago. McDonald Corporation telah berbesar hati menaja Jubilee 100 tahun JUF pada 2000 dan sebagai rakan kongsi utama peringkat korporat kepada sumber ekonomi Zionisme.

Melalui Suruhanjaya Israel, JUF "berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memantau dan apabila perlu, respons kepada liputan media Israel".

Ini hanyalah sebahagian petanda dan bukti hubungan akrab Coca cola dan Mc D dengan rejim Zionis Israel.

Pada saat ini, Gaza sedang diserang bertalu-talu dengan muntahan bom dan peluru Israel yang telah mengorbankan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Jadi, terpulang kepada anda samada terus mahu memberikan sokongan kepada mereka atau pun sebaliknya....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...