Kerahmatan, kemuliaan, pengampunan dosa dan gandaan pahala merupakan balasan Allah s.w.t. kepada hamba-hambanya yang telah menyahut seruannya datang mengunjungi Baitullah. Ini juga menggambarkan sifat kesempurnaan Allah s.w.t. iaitu sifat kasih sayangnya kepada hamba-hambanya yang redha dengan Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamanya.
Sebagai muslim, kita harus mengambil tahu tentang tempat-tempat yang indah dan penuh berkat tersebut.
Dari Abu Hurairah ra. Nabi Muhammad saw. bersabda, “Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ke tiga buah masjid, Masjidil Haram di Mekkah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin.” (HR Bukhari)
No comments:
Post a Comment